Kiyoura Keigo (清浦 奎吾
14 Februari 1850–
5 November 1942) ialah
Perdana Menteri Jepun yang ke-23. Tempoh jawatannya adalah dari
7 Januari 1924 hingga
11 Jun 1924.Dilahirkan dengan nama "Fujaku" di
Kamoto-gun,
Wilayah Kumamoto, Kiyoura merupakan anak kelima Okubo Ryoshi, seorang paderi
Buddha. Beliau dididik di sekolah swasta milik Hirose Tanso dari 1865 ke 1871. Di bangku sekolah, beliau telah berkawan dengan Gabenor Nomura Morihide dan mengambil nama "Kiyoura Keigo".Nomura dilantik sebagai gabenor
Wilayah Saitama pada
1873 dan melantik Kiyoura ke jawatan rendah dalam perkhidmatan awam di sana. Pada tahun
1876, ketika berumur 27, Kiyoura menyertai Kementerian Keadilan, dan kemudian berkhidmat sebagai Naib Menteri Keadilan, Menteri Keadilan, Menteri Pertanian dan Perdagangan, dan juga Menteri Kerajaan yang merupakan ketua sistem perkhidmatan awan Yamagata Aritomo. Pada
1914, semasa menjadi Pengerusi Majlis Privi, Kiyoura dititah oleh Maharaja untuk membentukkan sebuah kabinet baru untuk menggantikan perdana menteri
Yamamoto Gonnohyoe. Bagaimanapun, beliau menolak tawaran itu sebagai bantahan terhadap kes Siemens yang sedang berlangsung, dan
Okuma Shigenobu dilantik sebagai ganti.Kiyoura menerima titah Maharaja yang kedua pada tahun
1924 dan membentukkan kabinetnya, lalu menjadi Perdana Menteri Jepun. Bagaimanapun, kabinet itu telah dibentukkan pada tempoh ketika kabinet aristokrat bukan partisan tidak lagi disokong, dan Dewan Rakyat
Diet dapat menahan kebanyakan daripada initiasifnya sepanjang kewujudan kabinet Kiyoura selama enam bulan.
H. Itō ·
Kuroda ·
Sanjōi ·
Yamagata ·
Matsukata ·
H. Itō ·
Kurodai ·
Matsukata ·
H. Itō ·
Ōkuma ·
Yamagata ·
H. Itō ·
Saionjii ·
Katsura ·
Saionji ·
Katsura ·
Saionji ·
Katsura ·
Yamamoto ·
Ōkuma ·
Terauchi ·
Hara ·
Uchidai ·
Takahashi ·
To. Katō ·
Uchidai ·
Yamamoto ·
Kiyoura ·
Ta. Katō ·
Wakatsuki ·
G. Tanaka ·
Hamaguchi ·
Wakatsuki ·
Inukai ·
Takahashii ·
Saitō ·
Okada ·
Hirota ·
Hayashi ·
Konoe ·
Hiranuma ·
N. Abe ·
Yonai ·
Konoe ·
Tojo ·
Koiso ·
K. Suzuki ·
Naruhiko ·
Shidehara ·
Yoshida ·
Katayama ·
Ashida ·
Yoshida ·
Hatoyama ·
Ishibashi ·
Kishi ·
Ikeda ·
Sato ·
K. Tanaka ·
Miki ·
T. Fukuda ·
Ōhira ·
M. Itōi ·
Z. Suzuki ·
Nakasone ·
Takeshita ·
Uno ·
Kaifu ·
Miyazawa ·
Hosokawa ·
Hata ·
Murayama ·
Hashimoto ·
Obuchi ·
Aokii ·
Mori ·
Koizumi ·
S. Abe ·
Y. Fukuda ·
Aso ·
Y. Hatoyama ·
Naoto